FRP MFR 2 ( 8 PE )

FRP MFR 2 ( 8 PE )

Tangki Septik FRP “MF” adalah tangki septik moden dua bahagian yang terdiri daripada poliester bertetulang gentian kaca (FRP). Tangki septik ini terdiri dari ruang penempatan di zon pertama dan diikuti oleh ruang “bio-media” yang menyediakan zon penapisan di ruang kedua. Tangki septik FRP ini di fabrikasi dari bahan gentian kaca di fasiliti pembuatan kami yang berlokasi di Telok Gong, Klang, Selangor Darul Ehsan. Tangki septik ini umumnya berbentuk silinder yang dipasang secara menegak / melintang dengan diameter dan panjang yang berbeza. Tangki Septik FRP ini direkabentuk untuk menawarkan proses rawatan sebagai sistem tangki septik konvensional / sistem berpenapis seperti yang di spesifikasikan oleh Jabatan Standard Malaysia dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mengikut garis panduan Industri pembentungan Malaysia (Jilid 5) -Tangki septik iaitu bagi mencapai rawatan pematuhan effluen “Standard B” selaras dengan Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan), 2009. Tangki Septik FRP "MF" digunakan terutama untuk rawatan air sisa domestik bagi pembangunan berisiko sederhana dan berkapasiti sehingga 30PE dari bangunan kediaman dan komersial seperti kedai pejabat, kilang industri kecil / sederhana dan gudang serta bagi kegunaan pemasangan sementara di tapak pembinaan. Tangki septik ini telah mematuhi Piawaian Standard Malaysia (MS2441-1: 2012) dan telah diperakui Skim Pensijilan Produk yang dijalankan oleh SIRIM (Qas) International Sdn. Bhd. dilulus dan disenaraikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

The “MF” FRP Septic Tank is a modern; two compartment septic tank which is made up of fibreglass-reinforced polyester (FRP). The tank consists of a settling chamber in the first zone and followed by a bio-media chamber, which provide a filtration zone. These septic tanks are pre-fabricated in fibreglass at our manufacturing facility in Telok Gong, Klang, Selangor Darul Ehsan. The septic tanks are generally in the form of vertically/horizontally-mounted cylinder with varies standard diameter and length. FRP Septic tanks is designed to offer treatment process as conventional septic tank / filter bed system as specified by the Department of Standards Malaysia and National Water Services Commission (SPAN) in accordance to Malaysian Sewerage Industry Guidelines (Volume 5)-Septic tanks to achieve treatment ability of Standard “B” effluent in-line with Environmental Quality (Sewage) Regulations, 2009. The “MF” FRP Septic Tank treated mainly development for medium and low risk domestic sewage capacity up to 30PE from residential and commercial buildings such as shop offices, small/medium industry factories and warehouse as well as for use in temporary installation at construction sites. This septic tank has complied in accordance to Malaysian Standard (MS2441-1:2012) and the brand is certify with Product certification scheme conducted by SIRIM (Qas) International Sdn. Bhd. approved and listed by National Water Services Commission (SPAN).
SKU :
MFR 2 FRP
Quantity :
Loading ...
Related Products
product_arrow