“MF” P.E. Septic Tank System is a septic tank with upward flow anaerobic biofilm system (biological treatment element in the overall process). These septic tanks are made of High Density Polyethylene (HDPE) and manufacture by rotomoulding process at our manufacturing facility in Telok Gong, Klang, Selangor Darul Ehsan. The septic tanks are generally in the form of vertically/horizontally-mounted indent cylinder with varies standard diameter and length.

Our P.E. Septic Tanks is designed to offer treatment process as conventional septic tank/filter bed system as specified by the Department of Standards Malaysia and National Water Services Commission (SPAN) in accordance to Malaysian Sewerage Industry Guidelines (Volume 5) - Septic Tanks to achieve treatment ability of Standard “B” effluent in-line with Environmental Quality (Sewage) Regulations, 2009.

“MF” P.E. Septic Tank used mainly for treating medium and low risk sewage up to capacity of 18 PE from residential and commercial buildings such as shop offices, small/medium industry factories and warehouse as well as for use in temporary installations in construction sites.

Our Septic Tank has complied in accordance to Malaysian Standard (MS2441-1:2012) and the brand is certify with Product Certification Scheme conducted by SIRIM QAS International Sdn. Bhd.  Also, approved and listed by National Water Services Commission (SPAN).

Please refers to our listed product or contact us for further information/quotation.


Tangki Septik P.E. "MF" adalah sistem berdasarkan ‘biofilm’ anaerobik pengaliran pada bahagian atas yang mewakili elemen rawatan biologi dalam proses keseluruhannya.

Tangki Septik ini diperbuat daripada Polietilena berketahanan tinggi (HDPE) melalui proses ‘rotomolding’ di kemudahan pembuatan kami di Telok Gong, Klang, Selangor Darul Ehsan. Ia berbentuk silinder lekapan dengan diameter dan panjang yang berbeza-beza. Tangki septik ini dipasang secara menegak/melintang.

Tangki Septik P.E. “MF” ini direkabentuk untuk menawarkan proses rawatan sebagai sistem tangki septik konvensional/sistem berpenapis seperti yang ditetapkan oleh Jabatan Standard Malaysia dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mengikuti Garis Panduan Industri Pembentungan Malaysia (Jilid 5) -Tangki Septik iaitu bagi mencapai rawatan pematuhan effluen “Standard B” selaras dengan Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan), 2009.

Tangki Septik PE "MF" digunakan terutamanya untuk rawatan air sisa domestik berisiko sederhana dan rendah berkapasiti sehingga 18 PE dari bangunan kediaman dan komersial seperti kedai pejabat, kilang industri kecil/sederhana dan gudang serta pemasangan sementara di tapak pembinaan.

Tangki Septik kami mematuhi Piawaian Standard Malaysia (MS2441-1: 2012) dan telah diperakui oleh Skim Pensijilan Produk yang dijalankan oleh SIRIM (Qas) International Sdn. Bhd. Serta, dilulus dan disenaraikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Syarikat kami adalah pengeluar produk pembetungan yang menawarkan perkhidmatan perundingan berkenaan kelulusan sistem pembetungan bagi Tangki Septik Individu (IST) serta Loji Rawatan Kumbahan Berskala Kecil (SSTS).

Sila merujuk kepada produk tersenarai kami atau hubungi kami untuk maklumat lanjut.